Index» » » » » » » » PRU13 bukan ‘tsunami Cina’ kata Merdeka Center

PRU13 bukan ‘tsunami Cina’ kata Merdeka Center

Minggu, 29 Desember 2013

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Pilihan Raya 2013 bukanlah semudah “tsunami Cina” kerana ia menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang Barisan Nasional (BN), kata Merdeka Center semalam. 
Sinar Harian Online melaporkan Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan bacaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pilihan raya umum 5 Mei sebagai “tsunami Cina” tidak tepat kerana Melayu bandar turut mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).
“Terdapat persaingan di kawasan berpendapatan rendah dengan pendapatan sederhana manakala bandar dengan kawasan luar bandar,” Ibrahim dipetik sebagai berkata.

Penganalisis telah mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini. TMI



Tidak ada komentar:

Posting Komentar