Index»
barack
»
cincin
»
di
»
kalimah
»
obama
»
syahadah
»
terukir
»
Kalimah Syahadah Terukir Di Cincin Barack Obama
Kalimah Syahadah Terukir Di Cincin Barack Obama
Sabtu, 21 Desember 2013
Kalimah Syahadah Terukir Di Cincin Barack Obama - Seorang Pakar Islamologi yang berasal dari Amerika Syarikat, Mark A Gabriel, telah melakukan kajian terhadap gambar-gambar cincin Barack Obama yang terukir kalimah syahadah yang tersebar luas di internet sejak belakangan ini.
Menurut kajian beliau ukiran pada cincin yang selalu dipakaikan Obama di jari manis tangan kirinya itu memang benar bermotifkan kaligrafi lafaz kalimah syahadah.
“Saya membuat kesimpulan bahawa ukiran yang terdapat pada cincin Obama itu adalah kalimah pertama syahadah,” kata Gabriel.
Gabriel menjelaskan bahawa kaligrafi kalimah ‘La Ilaha Illallah’ pada cincin Obama tersebut terbahagi dalam dua bahagian. Pada bahagian atas, tertulis huruf Arab Lam, Alif, Alif, Lam, dan Ha yang dibaca dari kanan ke kiri. Susunan huruf tersebut membentuk frasa ‘Laa Ilaaha’ yang bermaksud ‘Tidak Ada Tuhan’.
Pada bahagian bawahnya pula terukir huruf Alif, Lam, Alif, Alif, Lam, Lam dan Ha. Susunan huruf-huruf tersebut membentuk frasa ‘Illa Allah’ yang bermakna ‘Selain Allah’. Lafaz ‘Allah’ ditulis secara separa di atas kata ‘kecuali’.
Jika kedua-dua bahagian cincin obama tersebut dibaca secara sambung, maka akan terbentuk kalimah ‘La Ilaha Illallah’ yang bermakna ‘Tiada Tuhan Selain Allah’.
“Adalah suatu hal yang lumrah dalam seni Islam dan kaligrafi Arab untuk menulis mesej-mesej Al-Quran dalam perhiasan. Huruf-huruf tersebut juga biasa dibuat tumpang tindih agar pas dengan ruang yang ada, “ujar Gabriel.
Selain itu, menurut para ahli bahasa Arab dan Islam, Obama dikatakan telah memakai cincin tersebut selama lebih dari 30 tahun.
Wallahu ‘alam – Giler Kentang
Related Posts : barack,
cincin,
di,
kalimah,
obama,
syahadah,
terukir
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar