Index» » » » » » Guru Didakwa Cederakan Kemaluan Pelajar

Guru Didakwa Cederakan Kemaluan Pelajar

Sabtu, 21 Desember 2013


MELAKA - Seorang guru didakwa telah menumbuk sekumpulan anak murid lelaki dan seorang pelajarnya yang berusia 10 tahun telah dibaling dengan segugus kunci sehingga mencederakan kemaluan kanak-kanak tersebut.

Tindakan guru itu dikatakan sebagai hukuman kerana mereka telah terlewat hadir ke surau untuk menghadiri kelas agama selain murid-muridnya turut digelar sebagai bodoh dan tidak berguna.

Ibu kepada salah seorang mangsa kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku di Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, di sini.

Menurut Pengarah Pendidikan, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin, jabatan pelajaran negeri itu telah membuat pemeriksaan terhadap dakwaan itu dan terdapat kesahihan mengenai perkara itu.

"Perlakuan guru itu adalah tidak boleh diterima dan dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian terhadap isu yang remeh".

"Pihak kami sudah berjumpa dengan enam pelajar tersebut dan mereka mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku," katanya sambil menambah pelajar tersebut turut lebam di bahu dan sakit di bahagian kemaluan.

Selain itu, Md Yunos berkata, guru itu juga telah mengarahkan pelajarnya untuk menghisap pensil dan kemudiannya mengelar mereka kelihatan seperti penagih dadah. - The Star

Oleh: AUDREY LEE



Tidak ada komentar:

Posting Komentar