Index»
20
»
artis
»
dijel
»
tahun
»
Artis dijel 20 tahun
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap tertuduh sehingga selesai rayuan di Mahkamah Tinggi. Jaminan ke atas tertuduh kemudian dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM80,000 dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga rayuan selesai.
Pada prosiding semalam, Nor Hazani dalam penghakimannya berkata keterangan mangsa dalam kes itu mempunyai kredibiliti kerana disokong oleh saksi bebas dan doktor juga mengesahkan terdapat koyakan pada alat sulit mangsa. Sementara itu, mangsa yang hadir untuk memberi keterangan impak mangsa (VIS) berkata kejadian itu menyebabkan dia merasa tidak selamat dan jijik dengan diri sendiri.
“Saya rasa macam tidak ada semangat untuk hidup. Saya takut nak ke sekolah sebab takut masa silam bocor di sekolah,” katanya sambil menahan sebak.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadzlin Abd Zawawi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum demi kepentingan awam.
Artis dijel 20 tahun
Senin, 30 Desember 2013
myMetro 7 Sep 2013
Oleh Nor Azura Abdul Jalil
Kajang: Seorang bekas ahli sebuah kumpulan nyanyian yang popular pertengahan tahun 2000 dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan merogol anak tirinya berusia 14 tahun ketika kejadian, Februari tahun lalu.
Hakim Nor Hazani Hamzah memutuskan demikian terhadap lelaki berusia 38 tahun itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap tertuduh sehingga selesai rayuan di Mahkamah Tinggi. Jaminan ke atas tertuduh kemudian dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM80,000 dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga rayuan selesai.
Tertuduh hadir ke mahkamah memakai kemeja jubah hitam dan berkopiah ditemani ahli keluarganya. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai guru vokal didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya di sini, jam 9 pagi, 9 Februari 2012. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Pada prosiding semalam, Nor Hazani dalam penghakimannya berkata keterangan mangsa dalam kes itu mempunyai kredibiliti kerana disokong oleh saksi bebas dan doktor juga mengesahkan terdapat koyakan pada alat sulit mangsa. Sementara itu, mangsa yang hadir untuk memberi keterangan impak mangsa (VIS) berkata kejadian itu menyebabkan dia merasa tidak selamat dan jijik dengan diri sendiri.
“Saya rasa macam tidak ada semangat untuk hidup. Saya takut nak ke sekolah sebab takut masa silam bocor di sekolah,” katanya sambil menahan sebak.
Terdahulu, peguam Azmi Talib yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana anak-anak tertuduh masih kecil dan memerlukan kasih sayang.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadzlin Abd Zawawi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum demi kepentingan awam.
Related Posts : 20,
artis,
dijel,
tahun
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar