Misteri Nenek Penghuni Hutan Di Banyuwangi

Selasa, 31 Desember 2013

Di desa Sragi Kecamatan Songgon terdapat kawasan hutan pinus yang sangat luas. Hutan itu sangat lebat dan  berada di bukit dengan kontur  tanah yang naik turun. Siapa sangka, di tengah lebatnya hutan pinus itu ternyata ada seorang wanita yang tinggal dan menjadi penghuni di hutan pinus itu.
Adalah Saniyah, nenek berusia 65 tahun yang tinggal disana. Dia telah tinggal di hutan itu selama puluhan tahun dengan menempati sebuah rumah kayu yang sangat sederhana.  Rumah itu sebelumnya merupakan tempat pondokan atau tempat  beristirahat karyawan Perhutani setempat  seperti sinder, waker dan sebagainya.

Simak : Aksi Lucu Bayi Ber Gangnam Style 

Mungkin karena merasa iba pada Saniyah  dan suaminya yang tidak memiliki tempat tinggal, rumah pondokan  yang disebut dengan ‘ Brak ‘ itu pun di berikan pada suami istri itu untuk ditempati.
Rumah itu sendiri hanya berdinding kayu yang tak berarturan dengan banyak lubang. Begitu juga dengan atapnya.


  Click : Tips dan Panduan Lengkap Cepat Hamil
 
Tak ada perabotan sama sekali di dalamnya dan juga tak ada penerangan listrik.
Sebagai penerang di rumahnya, Saniyah menggunakan lampu tradisional yang berupa botol  dengan di dalamnya diberi minyak goreng bekas.   Di botol itu kemudian diberi sumbu kompor  yang ujung luanya  kemudian dinyalakan.

Malang nian nasib Saniyah. Beberapa tahun berjalan, Saniyah kemudian  ditinggalkan oleh suaminya.  Apalgi tak lama kemudian Saniyah mengandung benih  dan melahirkan dari hubungan dengan suaminya itu.
Tentu saja Saniyah harus berjuang keras demi menghidupi drinya dan anaknya itu. Kini anak laki-lakinya  itu telah berumur 23 tahun yang karena kesibukannya  sendiri membuat dia jarang bersama dengan Saniyah.

 
Setiap hari Saniyah bekerja sebagai penyadap getah pinus. Ia juga mengolah dan menanami  lahan dengan tanaman  produktif lainnya seperti jahe, tembakau, pisang dan sebagainya. Hasil dari lahannya yang tidak seberapa  itu kemudian ia bawa ke Pasar Desa Sumber Arum yang  terdekat dengan rumahnya.

Di pasar yang berjarak  sekitar 45 menit perjalanan  dengan berjalan kaki itu, Saniyah membarter hasil lahannya dengan kebutuhan sembakonya seperti beras, bumbu , lauk pauk, minyak goreng dan sebagainya.

Cukup sulit juga untuk menuju ke rumah Saniyah di kawasan hutan Gumuk Jambe Perhutani bayu kidul itu. Tak adanya papan petunjuk dan banyaknya persimpangan jalan setapak  tentu membuat saya  harus tak malu untuk bertanya  pada setiap warga yang saya temui selama perjalanan agar tidak tersesat di dalam hutan.



Belum lagi dengan medan  perbukitan di sekitar lokasi yang cukup membuat perjalanan terasa melelahkan.Di tengah hutan itu Saniah tinggal sendiri tanpa ada rumah dan warga lainnya di sekitarnya karena pemukiman warga hanya terdapat   di desa yang ada di bawah hutan.


Praktis, di tengah kegelapan dan sepinya hutan pinus itu, Saniyah hanya tinggal seorang diri dengan berteman suara serangga dan satwa hutan lainnya.


Untunglah, pada pagi hingga sore hari banyak warga desa yang juga menyadap getah pinus dan mengolah lahan di sekitar hutan itu yang mampir dan bertandang ke rumah Saniyah. Para penyadap getah pinus itu juga menitipkan getah pinusnya yang baru terkumpul sebagian di halaman rumah Saniyah untuk dilanjutkan  lagi esoknya.

Saniyah tentu merasa suka cita ketika rumahnya didatangi oleh para warga desa itu walau sekedar untuk beristirahat dan bercengkerama sejenak. 
Semoga dengan publikasi  tentang sosok Saniyah ini ,  Saniyah bisa segera  memperoleh perhatian dan bantuan dari pemerintah dan berbagai pihak yang peduli padanya. Karena tak bisa dipungkiri, keberadaan Saniyah yang tinggal di hutan itu juga ikut berperan  mengawasi dan menjaga kawasan hutan pinus itu dengan berbagai asset yang ada  di dalamnya.

====================

Baca juga dan Klik artikel menarik berikut ini  :

Menambang Uang Melalui Facebook dan Twitter

Peluang Mendapatkan Dollar Via Internet 

Museum Santet Di Surabaya

Tips Memasang Iklan Di Blog 

Share Status di Fb/Twitter Dapat Komisi 

Jenazah Utuh Dimakamkan 35 Tahun Di Tuban


Click Nikmatnya Oleh-oleh Khas Tuban


Artikel-artikel Menarik lainnya bisa Anda baca 

di Link berikut ini :

www.blogger.comblogspot.com
Read More..

Kesian kanak kanak ini Si Gadis Malang Dengan Wajah tanpa Kerangka

Senin, 30 Desember 2013

10 Feb 2013  Posted by idahsalam
Julianna Wetmore, demikian lah nama gadis malang yang dilahirkan dengan kelainan langka cranofacial genetik dikenal dengan sebutan Sindrom Treacher Collins. Sungguh Sangat Memilukan dan Menyedihkan bila memandang wajah Gadis yang lugu ini,
Kelainan langka yang di alami gadis kecil yang malang ini menyebabkannya memiliki wajah yang menyedihkan, mata memanjang, mata yang kendur atau mata mengecil bahkan telinga yang hilang. Penderita sindrom ini sangat langka dan hanya terjadi dengan rasio 1 dalam 10000 orang. Dari sekian banyak penderita Sindrom Treacher Collins ini, boleh dibilang Julianna memiliki kes yang paling parah dari lainnya yang pernah dilihat. Kondisi ini pertama kali mulai terjadi pada ketika awal krismas di mana doktor mengira bahawa dia memiliki celah langit-langit mulut. Namun, sejauh itu cacatnya tidak terdeteksi pada ketika  dia masih di dalam perut ibunya sampai dia dilahirkan.
bagi yang tidak kuat atau tidak tahan melihatnya admin harapkan agar mengurungkan niatnya.




sungguh menyedihkan bukan? cuba bayangkan bila anda mempunyai kelainan yang sama dengan gadis malang ini, apa yang anda rasakan? admin sendiri tidak boleh berkata apa-apa. Oleh kerana itu mari kita sama-sama bersyukur atas apa yang kita miliki dari tubuh kita. Bila membandingkan dengan orang lain, memang kita tidak akan pernah puas dengan wajah yang sudah Tuhan kurniakan bagi kita. tapi satu hal yang perlu kita  ketahui bahawa "Tidak ada kata puas dalam hidup kita, sampai kita tahu bagai mana cara mengucap syukur bagi Tuhan"

demikian artikel ini admin sampaikan, menyebarkan artikel ini bukan maksud admin untuk menghina ataupun dengan sengaja menyebarkan kekurangan gadis malang ini. artikel ini admin sebarkan sebagai contoh agar kita tahu bahawa masih banyak yang memiliki kesempurnaan jauh dibawah kita. Semoga bermanfaat

 sumber
Read More..

Artis dijel 20 tahun

myMetro 7 Sep 2013

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
Kajang: Seorang bekas ahli sebuah kumpulan nyanyian yang popular pertengahan tahun 2000 dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan merogol anak tirinya berusia 14 tahun ketika kejadian, Februari tahun lalu.
Hakim Nor Hazani Hamzah memutuskan demikian terhadap lelaki berusia 38 tahun itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap tertuduh sehingga selesai rayuan di Mahkamah Tinggi. Jaminan ke atas tertuduh kemudian dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM80,000 dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga rayuan selesai.

Tertuduh hadir ke mahkamah memakai kemeja jubah hitam dan berkopiah ditemani ahli keluarganya. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai guru vokal didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya di sini, jam 9 pagi, 9 Februari 2012. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, Nor Hazani dalam penghakimannya berkata keterangan mangsa dalam kes itu mempunyai kredibiliti kerana disokong oleh saksi bebas dan doktor juga mengesahkan terdapat koyakan pada alat sulit mangsa. Sementara itu, mangsa yang hadir untuk memberi keterangan impak mangsa (VIS) berkata kejadian itu menyebabkan dia merasa tidak selamat dan jijik dengan diri sendiri.

“Saya rasa macam tidak ada semangat untuk hidup. Saya takut nak ke sekolah sebab takut masa silam bocor di sekolah,” katanya sambil menahan sebak.
Terdahulu, peguam Azmi Talib yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana anak-anak tertuduh masih kecil dan memerlukan kasih sayang.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadzlin Abd Zawawi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum demi kepentingan awam.
Read More..

PRU13 bukan ‘tsunami Cina’ kata Merdeka Center

Minggu, 29 Desember 2013

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Pilihan Raya 2013 bukanlah semudah “tsunami Cina” kerana ia menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang Barisan Nasional (BN), kata Merdeka Center semalam. 
Sinar Harian Online melaporkan Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan bacaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pilihan raya umum 5 Mei sebagai “tsunami Cina” tidak tepat kerana Melayu bandar turut mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).
“Terdapat persaingan di kawasan berpendapatan rendah dengan pendapatan sederhana manakala bandar dengan kawasan luar bandar,” Ibrahim dipetik sebagai berkata.

Penganalisis telah mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini. TMI
Read More..

Pemuda MCA mahu BM di SJKC kekal 210 minit


Malaysiakini Sep 14 2013
   
Pemuda MCA meminta Kementerian Pendidikan menimbang untuk mengurangkan masa pembelajaran bahasa Malaysia di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK) (C) kepada 210 minit seminggu daripada 240 minit seminggu yang ditetapkan di bawah rangka tindakan pendidikan nasional.
  
Ketuanya Datuk Wee Ka Siong berkata walaupun Pemuda MCA gembira dengan penambahbaikan yang dibuat dalam rangka tindakan itu berbanding laporan awalnya, namun mereka berpendapat 210 minit seminggu sudah mencukupi bagi pembelajaran bahasa itu kerana ia seimbang dengan jumlah masa bagi pembelajaran bahasa Inggeris.
  
"Menggunakan masa yang lebih panjang untuk mempelajari bahasa itu bukan satu-satunya faktor yang boleh meningkatkan kecekapan. Ada perkara lain seperti kurikulum dan metodologi, yang patut juga diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat sayap itu semalam.

Selain Pemuda MCA, beberapa NGO Cina mencadangkan agar Bahasa Malaysia diajar selama 210 minit seminggu, sama seperti bahasa Inggeris.
  
Silibus sedia ada bagi bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan memerlukan 180 minit seminggu.
  
Wee, yang pernah menyandang jawatan timbalan menteri pendidikan, berkata Pemuda MCA akan mengemukakan satu memorandum berhubung perkara itu kepada Kementerian Pendidikan tidak lama lagi dan akan membuat resolusi mengenainya dalam mesyuarat agungnya Disember ini.

Beliau juga menggesa Kementerian Pendidikan supaya segera menempatkan kembali 460 guru, yang sebelum ini mengajar di sekolah Cina sebagai guru sementara dan sudah selesai menjalani latihan perguruan Jun lepas, ke sekolah asal masing-masing bagi mengatasi masalah guru kurang berkelayakan di sekolah berkenaan.
  
Mengenai pemilihan jawatan dalam Pemuda MCA, Wee berkata 2,363 daripada cawangan sayap itu telah menghantar keputusan pemilihan masing-masing dan daripada jumlah itu, keputusan 2,299 cawangan diterima jawatankuasa pusat Pemuda MCA.
  
Keputusan pemilihan 64 cawangan ditolak kerana terdapat kesilapan seperti pertindihan nama, katanya.
  
Wee berkata untuk julung kalinya,  pada tahun ini 175 anggota wanita sayap itu dipilih sebagai ketua cawangan berikutan dasar Pemuda MCA yang membenarkan anggota wanita berusia bawah 35 tahun menyertai pergerakan itu.
  
Kata Wee, pada mesyuarat hari ini, beliau memberi taklimat kepada anggota jawatankuasa pusat sayap itu tentang perkembangan terbaru berkaitan mesyuarat luar biasa yang dipanggil kumpulan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk membincangkan penarikan balik hukuman gantung selama tiga tahun yang dikenakan terhadap anggota exco Johor Datuk Tee Siew Kiong.
  
"Anggota CC memberi pandangan mereka tentang isu itu. Namun, kami tetap dengan keputusan kami bahawa resolusi berkenaan (tidak menerima jawatan dalam kerajaan) perlu dikekalkan dan dihormati," katanya.

- Bernama
Read More..

Tingkat usaha bersama NGO bantah penipuan praya

Sabtu, 28 Desember 2013

  • Zulaikha Zulkifli
  • Malaysiakini Mei 24 2013
 
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata bantahan terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam proses pilihan raya perlu diteruskan dan dipertingkatkan usaha secara bersama dengan pelbagai NGO termasuk BERSIH.

Katanya, cadangan pembentukan Tribunal Awam oleh Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan NGO itu harus menjadi medan untuk rakyat mengemukakan bukti dan bantahan terhadap keputusan pilihan raya yang tidak demokratik.

NONE"Cabang, agen-agen pilihan raya dan orang awam harus tampil segera dengan bukti-bukti yang sahih untuk peguam-peguam memulakan prosiding perundangan," katanya Azmin.

Dalam ucapan perasmian Kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR petang ini, Azmin berkata rakyat bangkit menuntut pilihan raya yang adil dan bersih dan menyuarakan rasa kecewa serta kemarahan apabila kemenangan mereka didakwa dirompak oleh Umno.

"Perhimpunan aman adalah hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebarang usaha untuk menyekat hak asasi ini merupakan pencabulan kepada perlembagaan. Dalam demokrasi yang sihat, exploitasi aparat kekuasaan negara terhadap rakyat perlu dihentikan.

NONE"Kita bukan sahaja bercakap tentang kelemahan sistem pilihan raya. Tetapi, kita telah membuktikan siri penipuan yang sistematik dalam skala besar. Ini menuntut reformasi sistem pilihan raya demi mengembalikan maruah dan kredibiliti institusi demokrasi dalam negara," katanya.

Sehubungan itu, Azmin mendakwa pencabulan yang dilakukan dalam pilihan raya umum lalu, membenarkan apa yang dilontarkan oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bahawa pilihan raya berkenaan adalah Ibu Segala Penipuan.

Dalam ucapannya juga, Azmin berkata PKR akur demokrasi di Malaysia semakin segar hasil kesedaran dan kebangkitan rakyat terhadap hak mereka dan memahami prinsip karamah insaniah.
Cipta dialog politik, interaksi
Menurutnya, kemuliaan darjat insan itu menyebabkan rakyat tidak boleh diperkotak-katikkan penguasa, tidak boleh ditindas dan undi mereka tidak boleh dijual beli.

"Akibat dari kesedaran tersebut, rakyat semakin kritis terhadap pemerintah. Zaman di mana pemerintah mendapat sokongan besar rakyat sudah berlalu. Dalam PRU-12, rakyat menafikan majoriti 2/3 BN yang sebelum itu diperolehi dengan mudah," katanya.

NONEPada waktu yang sama, katanya, PKR bertanggungjawab dengan tidak membiarkan suasana 51 - 47 (undi popular) merudum ke arah suasana buntu serta konflik dan pertelingkahan yang tiada penghujung.

Sehubungan itu, beliau berpendapat supaya semua pihak perlu menggembleng keberanian moral untuk mencipta dialog politik dan berinteraksi dengan semua pihak merentasi sempadan politik.

"Jika kita mengaku ingin berkhidmat demi rakyat, patriotis dan mendahulukan kepentingan rakyat terbanyak mengatasi kepentingan kelompok, maka kita perlu mencari titik temu atau common ground untuk membawa kemajuan politik di Malaysia," katanya.

Azmin turut mengajak perwakilan AMK dan Wanita agar merenung peristiwa Hudaibiyyah di mana berlaku jalan buntu antara umat Islam dengan Quraisy di Mekah yang pada peringkat awal apabila ditolak keras oleh para sahabat.

Bagaimanapun, kata Azmin, Perjanjian Hudaibiyyah telah membuka dialog dan interaksi yang akhirnya membawa kepada kemenangan Islam.

"Kebijaksanaan Rasulullah SAW ini perlu kita garap demi kemenangan rakyat," katanya.
Read More..

Desain kamar tidur yang kreatif












 

sumber
Read More..

Banjir Ragut Mangsa Pertama 2 Hilang


KUANTAN – Banjir di Pahang meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas petang semalam di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.

Dua beranak, Jamal Ali, 40-an, Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Megat, berusia belasan tahun, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Kejadian berlaku dalam keadaan banjir semakin buruk di Pahang dan negeri- negeri pantai timur dengan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kini mencecah 38,323 orang dari 9,153 keluarga.
Mereka ditempatkan di 122 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga pukul 8 pagi tadi.

Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan mangsa tertinggi iaitu seramai 30,307 orang dari 1,561 keluarga yang ditempatkan di 85 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4,289 mangsa ditempatkan di 15 pusat pemindahan dan di Pekan, 3,037 mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan.

Di Maran, 637 mangsa ditempat di enam pusat pemindahan dan Jerantut, 25 mangsa ditempatkan dua pusat pemindahan.

Di Lipis seramai 21 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan dan di Temerloh, tujuh mangsa ditempatkan di satu pusat pemindahan.

Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa yang dipindahkan ke 101 buah pusat pemindahan meningkat kepada 7,780 orang pada sebelah pagi berbanding 5,393
orang malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN), keadaan banjir semakin kritikal dengan Besut merupakan daerah terbaharu yang dilanda, dengan 102 orang daripada 24 keluarga dipindah ke enam pusat pemindahan sejak 4 pagi tadi.

Pusat pemindahan itu merupakan Balairaya Kampung Renek, Dewan Serbaguna Kampung Padang Bual, Dewan Sivik Pasir Akar, SK LKTP Tenang, Surau
Kayu Kelat dan Surau Kampung Bukit Mali.

Kemaman masih merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan seramai 3,840 orang dari 916 keluarga dipindahkan.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini berkenan melawat pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail II dan Sekolah
Kebangsaan Seri Iman, Kemaman dengan diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Di Dungun, jumlah mangsa yang dicatat sehingga pukul 9 pagi ini ialah seramai 2,130 orang daripada 527 keluarga, di Hulu Terenganu seramai 1,654 orang (472
keluarga) dan Marang seramai 54 orang (14 keluarga).

Sementara itu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri melaporkan paras air sungai di kebanyakan sungai utama berada pada paras bahaya.- BERNAMA
Read More..

Gambar Saat Terakhir Hidup Anda

Jumat, 27 Desember 2013


Bagaimana perasaan anda jika anda menghadapi situasi seperti gambar dibawah?
http://i.imgur.com/E9f9v.jpg
http://i.imgur.com/PLyny.jpg
http://i.imgur.com/14ueo.jpg
http://i.imgur.com/mmNn6.jpg
http://i.imgur.com/z62X5.jpg
http://i.imgur.com/unFw6.jpg
http://i.imgur.com/3qo0t.jpg
http://i.imgur.com/3p3Wf.jpg
http://i.imgur.com/VOh9E.jpg
http://i.imgur.com/SZjFr.jpg
http://i.imgur.com/51BsF.jpg
http://i.imgur.com/pTZDn.jpg

Sumber - informasi
Read More..

Akademi Fantasia 2014 Bakal Menyusul


Akademi Fantasia 2013 (AF2013) sudah pun melabuhkan tirainya pada Ahad lalu.

Pada konsert peringkat akhir itu, Mohd Faizul Sany, 28, telah beroleh kemenangan dengan menewaskan calon pilihan ramai, Azhael yang hanya berjaya bergelar naib juara.

Sesudah berakhirnya program realiti nyanyian itu, ramai tertanya-tanya akan ada lagikah AF pada musim-musim akan datang.

Menjawab persoalan itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata kepada Berita Harian, “AF2013 mendapat rating tertinggi di Astro dan menjadi trending di laman Twitter. AF masih relevan dan kemungkinan besar akan ada AF 2014″.

Apa pula kata anda?

Cukuplah sampai di sini sahaja atau perlu diadakan lagi AF pada tahun hadapan?

Oleh: AUDREY LEE
Read More..