Index» » » » » » Mengapa Eja Tolak Jadi Pengarah

Mengapa Eja Tolak Jadi Pengarah

Selasa, 11 Februari 2014

Mengapa Eja Tolak Jadi Pengarah?

KUALA LUMPUR – Bagi pelakon, Siti Shahrizah Saifudin atau Eja bukan dia sengaja menolak rezeki untuk menjadi pengarah namun sebenarnya dia tidak bersedia mahu memikul tanggungjawab itu.
Menurutnya yang dipetik dari Gua.com, dia tahu mesti ramai yang berkata dia menolak tuah dan peluang ini tidak selalunya datang bergolek.
“Ada antara pengarah-pengarah lain yang memujuk saya untuk terima dan cuba untuk mengarah.
“Tapi hati saya belum betul-betul terbuka lagi. Tunggulah,” katanya.
Ditanya sama ada penolakan itu dibuat atas dasar dia tidak cukup ilmu mengarah, ini jawapan Eja.
“”Kemahiran itu ada. Saya dah 17 tahun ada dalam industri ini, saya tahu selok-belok di belakang tabir.
““Saya tolak bukan sebab saya tak tahu langsung tentang pengarahan. Malah sebenarnya kalau nak tahu, pelakon lebih mudah untuk menyerap ilmu pengarahan itu kerana kami dah biasa melontarkan emosi mendalam,” jelasnya lagi.
Tambahnya, dunia pengarahan adalah satu seni.
“Memerlukan keyakinan dan rasanya saya belum lagi ada keyakinan untuk melebarkan sayap ke situ,” katanya. SUMBER




Tidak ada komentar:

Posting Komentar