Index»
15
»
baharu
»
bakal
»
buka
»
gedung
»
jpo
»
november
»
pada
»
JPO Bakal Buka Gedung Baharu Pada 15 November
JPO Bakal Buka Gedung Baharu Pada 15 November
Rabu, 19 Februari 2014
JOHOR BAHRU – Johor Premium Outlets (JPO), pusat Premium Outlet pertama di rantau ini dijadualkan membuka gedung baharu pada 15 Nov ini, sebagai sebahagian daripada pengembangan fasa duanya.
Gedung baharu itu yang seluas 9290.30 meter persegi (100,000 kaki persegi), tambahan kepada pusat membeli belah JPO di Kulaijaya dalam Iskandar Malaysia, akan mempunyai kira-kira 40 unit kedai, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 120.
“Kami menghargai sokongan komuniti perniagaan dan keyakinan mereka terhadap JPO,” kata Pengurus Besarnya, Jean Marie Pin Harry dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pengembangan JPO itu katanya, akan menawarkan pengalaman membeli belah outlet lebih mengujakan kepada penduduk setempat dan pengunjung, di samping menyediakan malahan lebih banyak label pereka fesyen dan jenama utama pada penjimatan menarik di bawah satu lokasi.
Kedai-kedai baharu JPO termasuk Aigner, BCBGMAXAZRIA, Beauty Scents, Bread & Butter, Columbia, Cotton On Kids, Florsheim, Furla, Hugo Boss, Hush Puppies, Kate Spade, LeSportsac, Pan-West dan Sacoor Brothers.
Jenama-jenama lain seperti Sembonia, Springfield, Stride Rite, Sunglass Hut, Swatch dan World of Outdoors juga akan membuka kedai mereka di bawah pengembangan fasa kedua JPO, kata Pin Harry.
“Jenama tambahan lain akan diumumkan pada satu tarikh kemudiannya,” katanya.
Sebagai pusat outlet pertama di Asia Tenggara, JPO telah membantu membentuk landskap runcit di Johor.
Sejak pembukaannya pada 2011, JPO telah berkembang menjadi destinasi membeli belah utama, menarik berjuta-juta pengunjung dari Malaysia, Singapura dan sekitar rantau ini.
JPO dikendalikan oleh Genting Simon Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Simon Genting Ltd, yang seterusnya merupakan usaha sama 50:50 antara Azzon Ltd, anak syarikat milik penuh Genting Plantations Bhd dan Premium Outlets, bahagian outlet Simon Property Group. – BERNAMA
Related Posts : 15,
baharu,
bakal,
buka,
gedung,
jpo,
november,
pada
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar