Index»
bas
»
kawasan
»
keluar
»
pekeliling
»
spad
»
tanah
»
tinggi
»
SPAD Keluar Pekeliling Bas Kawasan Tanah Tinggi
SPAD Keluar Pekeliling Bas Kawasan Tanah Tinggi
Rabu, 01 Januari 2014
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan pekeliling berhubung pelaksanaan kod amalan industri bagi keselamatan pengendali bas yang beroperasi di kawasan tanah tinggi.
SPAD dalam satu kenyataan media memberitahu, pekeliling itu sebagai makluman dan rujukan kepada semua pengendali bas di kawasan tanah tinggi berhubung pelaksanaan Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD – Keselamatan.
“Antara keperluan yang terkandung dalam pekeliling itu adalah kewajipan Pemasangan Global Positioning Satelite System (GPS), Anti-lock Braking System (ABS), kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di ruang bersesuaian serta sistem keselamatan brek seperti Engine Retarder/exhaust brake.
“Pekeliling itu juga berkaitan pematuhan peraturan keselamatan antarabangsa mengenai keselamatan super structure kenderaan (U.N.E.C.E Rule 66/A.D.R.) serta tali pinggang keledar untuk semua kerusi penumpang (U.N.E.C.E Rule 80),” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, langkah kawalan yang dikuatkuasakan itu bertujuan menangani kelemahan aspek keselamatan operasi dalam kalangan pengendali bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan tanah tinggi.
Kenyataan itu turut memaklumkan SPAD telah menubuhkan Jawatankuasa Inkuiri Kes Kemalangan Bas-Genting baru-baru ini.
Jawatankuasa itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismal Kamal dan dianggotai wakil agensi berkaitan yang lain termasuk polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan.
Related Posts : bas,
kawasan,
keluar,
pekeliling,
spad,
tanah,
tinggi
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar