Index» » » » Jin ‘Black Money’

Jin ‘Black Money’

Rabu, 01 Januari 2014

Kuala Pilah: Sindiket penipuan Black Money dikesan semakin berani apabila menggunakan masjid sebagai tempat melakukan jenayah selain turut mencampuradukkan unsur syirik dan pemujaan dalam kegiatan mereka.

Perkara itu terbongkar apabila seorang anggota sindiket terbabit berusia 31 tahun dicekup polis, kelmarin, selepas cuba memperdaya seorang imam masjid di daerah ini.

Imam itu yang mahu dikenali sebagai Ismail berkata, dijanjikan dengan wang sebanyak AS$5 juta (RM16 juta), namun dikehendaki memenuhi pelbagai syarat termasuk membeli unta dan membayar RM600,000.

“Bila memberitahu tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu, dia (suspek) berkata akan berhubung dengan ‘jin’ untuk memohon dikurangkan jumlahnya,” katanya.

AZMI memegang salinan kad UNHCR yang digunakan suspek.

Ismail berkata, dia berkenalan dengan suspek berasal dari Somalia di sebuah masjid di daerah ini pada 25 Oktober lalu.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar