Index»
31
»
iktiraf
»
malaysia
»
migf
»
restoran
»
terbaik
»
MIGF iktiraf 31 restoran terbaik Malaysia
MIGF iktiraf 31 restoran terbaik Malaysia
Rabu, 12 Maret 2014
Penerima Anugerah Golden Cauldron bagi Pemenang Keseluruhan Restoran 2013, Eksekutif Chef The Restaurant The Club Saujana Resort Kuala Lumpur, Alexander Waschi (tengah) meraikan kemenangannya pada majlis Anugerah Malaysia International Gourmet Festival (MIGF) di sini, malam tadi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Restoran The Club di Saujana Resort Kuala Lumpur menggondol Anugerah Golden Cauldron bagi restoran terbaik secara keseluruhan pada Festival Gourmet Antarabangsa Malaysia (MIGF) ke-13 di semalam.
Anugerah itu merupakan pengiktirafan bagi standard masakan, semangat serta kreayiviti tukang masak, dapur, perkhidmatan dan pasukan restoran berkenaan bagi perkhidmatan mereka secara keseluruhan.
Chef Eksekutif restoran berkenaan Alexander Waschl berkata beliau begitu gembira apabilan The Club dinobat pemenang dan mengucapkan terima kasih kepada pasukannya untuk kerja keras, dedikasi serta komitmen mereka dalam memperbaiki kelemahan masing-masing setiap hari.
Beliau juga berkata rahsia kejayaan mereka ialah sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan.
MIGF memberi anugerah kepada 31 restoran terbaik di Malaysia yang mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung selama sebulan itu.
Festival itu merupakan bahagian pertama inisiatif Makanan Unik dan Enak 1Malaysia Tourism Malaysia yang mempromosi juadah yang terdapat di negara ini secara di peringkat global. - Bernama
Related Posts : 31,
iktiraf,
malaysia,
migf,
restoran,
terbaik
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar